Selasa, 25 November 2014

asrfromheart

ingin menambah kemahiran memasak,,,membuat kek,,,jom sertai kami






Aku nak belajar memasak la. tapi aku nak enroll kelas. cam masak western food ke. buat cake. 
Masak masakan melayu. tapi nak daripada cikgu yg bertauliah la. belajar dgn mak mertua ke keluarga sendiri ni buat sakit hati je.
Lebih menyindir daripada mengajar. Aku memang daripada kecik tak pernah masak ke buat kerja rumah. 
Semua pun bibik buat, hehe (rezeki. itu takyah komen) Yang penting aku memang nak belajar masak2 ni semua sebab aku memang minat. tapi mak asyik perli2 je bila aku turun dapur. tu yang terus "turn off" aku nak belajar ke ape. malas. 
So, aku nak belajar kat kelas, tak rase awkward. Suggestion please. ? 


Kalau ade kelas ajar buat cookies pun aku nak. sbb kalau boleh aku nak buat side income kat internet dan dimana2 jua! 
hehe

naaa marila sertai kami di kawasan tongod ni,,kita sama sama belajar setiap hari sabtu and ahad kita sama sama enjoy,,k.....

11 Kelebihan Belajar Memasak Ialah:

1. Rasa
Ada orang kata,  rasa taklah sedap sangat, sedap lagi emak masak atau kawan saya masak. Tahukah anda, anda pun boleh jadi mahir dan pandai memasak seperti mereka. Belajar memasak dan selalu memasak boleh menjadikan anda mahir mengadun atau mencampurkan bahan-bahan ke dalam masakan sehingga menerbitkan rasa yang benar-benar anda cari. Memasak boleh menjadikan makanan yang tidak sedap menjadi lebih sedap dan lazat setelah dimasak.
2. Pengalaman
Kita boleh meluaskan pengalaman dengan memasak makanan dari etnik atau bangsa yang berlainan. Makanan yang berlainan datang dari tempat yang berlainan. Melalui makanan kita boleh melalui pengalaman yang berbeza-beza.
3. Kualiti
Bila anda memasak sendiri makanan anda, anda boleh pilih apakah bahan yang akan dimasukkan ke dalam masakan anda. Oleh itu anda mempunyai kawalan ke atas bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam masakan anda.
4. Kemudahan
Anda boleh membuat penyediaan makanan atau masak untuk masa akan datang ketika anda akan sibuk. Seterusnya makanan akan cepat dimasak bila anda memerlukannya nanti.
5. Kesihatan
Anda boleh memasak makanan yang lebih sihat berbanding dengan makanan yang telah siap dimasak atau dipek yang boleh dibeli dari kedai makan atau pasaraya. Anda juga boleh belajar untuk menjadikan makanan anda lebih berkhasiat.
6. Bahan-bahan Yang Tulen dan Sebenar
Memasak sendiri membolehkan anda memilih makanan yang bebas bahan kimia, bukan tiruan, organik atau apa saja yang anda rasakan paling bagus untuk anda.
7. Makanan Menyatukan Orang
Tidak hairanlah jika di majlis-majlis dan tempat-tempat percutian, makanan menjadi pusat tumpuan. Makanan boleh menyatukan orang-ramai termasuklah keluarga, saudara-mara atau kawan-kawan anda.
8. Berdikari
Belajar memasak memberikan anda kebebasan dan sifat berdikari kerana anda boleh menyediakan dan memasak makanan anda sendiri tanpa perlu bantuan dari orang lain samada dirumah atau dari kedai. Anda mendapat kepuasan kerana mampu menjaga diri sendiri dan memasak makanan yang berkhasiat untuk anda sendiri.
9. Kos
Memasak makanan yang serupa dengan yang dibeli telah siap dimasak atau dipek adalah lebih murah.
10. Budaya Keturunan
Mengajar keturunan anda resepi makanan kesukaan anda dan diturunkan dari generasi ke generasi menjadikan satu cara untuk mewariskan informasi. Ini akan membantu keturunan anda mendapat satu kebolehan untuk hidup.
11. Ekspresi Rasa Sayang
Sudah tentu anda dapat melahirkan rasa sayang anda kepada orang yang disayangi melalui cara memasak untuk mereka. Lahirkan kasih sayang anda dengan memasak.





mungkin ada


Fb-Button

Tiada ulasan:

Catat Ulasan